Ahad, 30 Disember 2012

~SEKADAR RENUNGAN~



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Selasa, 2 Ogos 2011

sedarkah kau wahai manusia

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :' Jika ada seseorang berkata :' Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak,' maka orang yang berkata itu sendiri adalah yang paling rosak diantara mereka'.

jadi janganlah hanya memandang kepada keburukan orang..
tetapi baikilah kelemahan diri sendiri..

Bicara Tinta Renungan Bersama

Sabtu, 9 Julai 2011

lidah


nikmat lidah
LIDAH, merupakan salah satu organ manusia yang sangat penting kerana ia mampu memberi kesan kepada tubuh manusia andai ia tidak dapat digunakan. Justeru itu, lidah berperanan dalam memberikan nikmat makan kepada manusia.


Seperti kata iklan Mee Sedap, soal rasa lidah tak boleh bohong.

Jadi, manusia mempunyai lidah masing-masing. Apa sahaja dikeluarkan dari mulutnya datang dari spesis lidah yang mereka guna. Samada pandai jaga atau tidak. Ada yang suka bercakap ikut rasa hati dan nafsu sendiri. Ada juga yang mampu berfikir dahulu sebelum mampu menikmati kata-kata.

Bagi soal makan, lidah menjadi sangat nikmat apabila makanan yang dimakan dapat dirasa dan dinikmati dengan penuh nafsu makan. Andai ia kena pada selera nafsu makan, lidah menjadi sangat nikmat. Mampu merembeskan lebih air liur yang menjadi pelincir kepada sistem pemprosesan makanan dalam bahagian oral manusia.

Bagaimana anda gunakan lidah anda? Sekadar mengeluarkan perkataan kesat? Sekadar menggunakannya untuk menjilat apa sahaja demi kepentingan peribadi?

Ataupun anda menikmati lidah hanya untuk makan?



Khamis, 7 Julai 2011

jangan bersedih sesungguhnya Allah ada bersama kita!!

bismillah salam.

cubalah kita hayati sedutan vidio ini...


syukur alhamdulillah Ya Allah..

jangan la sombong sangat...semyumkan dapat pahala...

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim) 

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” – (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” – (Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” 

 

Selasa, 5 Julai 2011

untuk diriku, dan dan dirimu wahai wanita

Bismillah..

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :

Telah berkata Aisyah .R.anha : Sesungguhnya, Asma binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis. Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda : Wahai Asma : , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya.

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar
Dua orang ahli neraka yang belum pernah aku (Rasulullah S.A.W) lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata , Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu! Lalu seseorang berkata : “Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya , selanjutnya Umar berkata, : Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak..

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) .


Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi S.A.W ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah S.A.W dalam satu hadis sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur”.
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh (menyerupai) dengan pakaian lelaki.
Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah S.A.W telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.


Walau bagaimanapun.. Islam sama sekali tidak melarang umatnya berpakaian cantik dan berjenama, asalkan tidak bersifat membazir (diluar kemampuan orang yang memakainya), menutup aurat dan mematuhi criteria-kriteria yang telah disebutkan di atas.
semoga kita mendapat keredhaan dari Yang Maha Esa...

keajaiban kata-kata

ketika diriku hilang arah, terpaku untuk melakukan sesuatu, sebagai penyembuh tatkala inginkan kekuatan...

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.

jangan biarkan dirimu diawang awangan